Showing posts with label b2b preparation. Show all posts
Showing posts with label b2b preparation. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

JemPuTan PerKaHwiNaN


saya dengan rendah hati dan rendah diri, ingin menjemput kawan2 saya di blog ini ke majlis perkahwinan saya pada 15.07.2012 ini bertempat di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya.


jemput datang yek! kalo mahu kad, boleh emailkan kepada saya. ni email saya : liyana.mazlan@gmail.com


Saturday, July 7, 2012

aLHamDuLiLLaH.

Tumblr_m0zyy7ipgk1rr1qxqo1_500_large

Alhamdulillah. pada tarikh ini saya sudah menjadi isteri kepada MOHD FADZLI BIN SANIF. dan bermulanya segala tanggungjawab sebagai isteri untuk suami saya. Semoga saya dapat menjadi isteri, ibu, nenek yang baik kepada bakal anak dan cucu saya nanti. insyaAllah. 

548395_301886769892979_100002149752720_692557_2132100073_n_large

Friday, July 6, 2012

B2B : KeSiLaPan YanG SeLaLu DiLakuKan Di AwaL PerKahWiNaN

Tumblr_ll9tv1eay21qzciz2o1_500_large

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama. Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Monday, July 2, 2012

B2B : KeCanTiKan LeLaki & KeGaGaHan WaniTa

Tumblr_ly927fd0go1r9nvgno1_500_large

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Friday, June 29, 2012

B2B : CeRiTa - KaSiH SeOraNg SuaMi daN AyaH

I love Babies / laughter

September 18, 2005

Assalamualaikum,

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

pissss : bertuahnya kepada yang memilki suami seperti ini. =)

Monday, June 25, 2012

B2B : 8P TiP KeBaHaGiaaN RuMaHTanGGa

Let_love_in___by_khomenko-d3i35hl_large

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Sunday, June 24, 2012

B2B : UMI, saYa NaK KaWeN!


Umi, saya nak kahwin. 
Umi janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah umi?



Umi, saya nak kahwin. 
Umi janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah umi?

Umi, saya nak kahwin. 
Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:
SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Umi, saya nak kahwin. 
Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.


Umi, saya nak kahwin. 
berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Umi, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.

Umi, saya nak kahwin. 
Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.

Umi , saya nak kahwin. 
Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekiranya umi bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.


Umi, saya nak kahwin. 
Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Umi, tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh umi, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak umi ini, amin.

Friday, June 22, 2012

B2B : TiP MenGamBiL HaTi PaSanGan

31_large

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tumblr_lgddjgpat01qdx4eto1_400_large picture on VisualizeUs

Tips mengambil hati suami

- Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.

- Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.

- Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh



Tumblr_llbe1hyxm81qf2ki2o1_500_large

Tips mengambil hati isteri

- Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda

- Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

- Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta

- Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

- Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

pisss : insyaAllah saya akan menjaga hati bakal pemimpin saya. =)

Monday, June 18, 2012

B2B : NaSiHaT uNTuK aWaK La, BaKaL PeNGanTiN!

538178_322314461178586_320875094655856_730522_1032358691_n_large

Sekarang ini, ramai pasangan berkahwin tetapi tidak nampak seperti sedang berkahwin. Ini terjadi kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk berkahwin tetapi ingin berkahwin. Untuk elakkan perkara yang tidak di ingini berlaku pada anda dan pasangan anda selepas berkahwn, banyak perkara yang anda perlu pelajari dan fahami. Alam perkahwinan bukan perkara yang boleh dilakukan sesuka hati dan tanpa persediaan yang rapi. Memang amatlah mudah untuk melafazkan kata-kata cinta dan seterusnya ke jinjang pelamin untuk bergelar pengantin atau bakal pengantin namun adakah anda sudah bersedia sepenuhnya memikul tanggunjawab sebagai suami dan isteri? Memang banyak perkara yang anda perlu pelajari bersama dan dengan itu pastikan anda terus belajar makna disebalik berumahtangga. Ada beberapa perkara asas yang anda perlu ketahui sebelum bergelar bakal pengantin.

Kenal siapa pasangan anda sebenarnya

Bercinta dan berkahwin adalah dua fasa yang berbeza. Apabila bercinta, anda lebih nampak luaran dia berbanding dalaman si dia manakala ketika berkahwin, anda berdua akan hidup bersama. Jika anda tidak kenal siapa sebenarnya pasangan anda, anda akan rasa sukar untuk menerima dia ketika hidup bersama nanti. Anda perlu tahu apa kebaikan dan keburukan dia secara serentak, barulah anda akan boleh terima dia seadanya. Menerima seadanya bukan semata-mata pada paras rupa, kerana sedarlah bahawa rupa bentuk seseorang akan di mamah usia. Oleh itu singkaplah “kecantikannya’ atau ‘handsome” si dia dari hati. Berusahalah untuk memahami hati dan budi perkertinya. Mereka yang telah berjaya jatuh cinta sebenarnya adalah mereka yang mengenali hatinya. Dengan itu semua yang ada persediakan untuk bergelar bakal pengantin adalah berpunca dari cinta hati si dia. Itulah kunci utama untuk ke alam perkahwinann anda berdua.

Selain itu, bagaimana anda hendak cari keserasian jka anda tidak kenal hati siapa pasangan anda. Anda perlu kenal dia, baru anda akan tahu samada anda serasi atau tidak. Jadi jangan mudah terpedaya atau tewas pada paras rupa, berusahalah untuk cuba menyingkap kecantikan hati budinya.

bila YANA kata : ya, kenali dulu siapa pasangan awak sebelum awak ingin mengahwini/ menikahi pasangan awak. sebab apabila awak sudah dimiliki dia, agak lambat untuk awak menarik diri untuk patah balik ke asal (sebelum kawen). sengsara la jawabnya. kan? so, terima la dia seadanya macam mana dia menerima awak seadanya.


Perlu ada komitmen

Perkahwinan bukannya perkara main – main. Anda perlu ada komitmen untuk menjayakannya, barulah anda berdua akan bahagia. Jika anda tidak memberi komitmen yang sepatutnya, hubungan anda berdua pasti akan di landa ombak besar dan mudah karam akhirnya. Anda perlu tahu sepenuhnya tanggungjawab anda apabila berkahwin kelak. Apabila pasangan anda minta komitmen dari anda, anda perlu beri. Beri dengan sepenuh hati. Komitmen dalam bergelar bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga adalah perlu besar dan tidak boleh berpatah arah. Jika tidak, anda akan berpisah jua akhirnya. Komitmen tidak mengenal erti jemu dan bosan. Oleh itu, jangan anda pernah mengeluh atau ‘fade up’ dengan situasi tersebut kerana itulah tanggungjawab yang perlu anda pikul bergelar seorang pengantin baru. Mendirikan rumahtangga bukan semudah yang disangka, oleh itu ukur dahulu tahap komitmen anda baik dari segi tanggunjawab terhadap kewangan dan status keikhlasan cinta anda.

bila YANA kata : haah, komitmen sebagai suami isteri ni penting kan? besar tanggungjawabnya lagi2 sang suami. perlu mencari nafkah, mencari pelindungan untuk isteri dan bakal anak2nya nanti, tanggungjawab kepada ibu bapa sehingga akhir hayat, macam2. berat kan? so, kita sebagai isteri ni, bersabar la. sabar itu kan separuh dari iman. hehehe.. =)

Kedua – dua perkara di atas penting untuk memastikan permulaan perkahwinan anda berdua dapat di jalani dalam keadaan bahagia dan tenteram.

Friday, June 15, 2012

B2B : PeTuA KeCanTiKaN unTuK BaKaL PenGanTin

Facebook


Bunga Mawar

Tumblr

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.


Timun

Say hello to my heart ♥

Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.


Lobak

Thea Østensen

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.


Tomato

Cannelle et Vanille

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas


Avocado

My way to become healthy and happy.

Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.


Limau Purut

Kaffir Lime %u2013 Citrus hystrix - Trees

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.


pisssss : semoga saya melakukan salah satu petua ni. (kalo rajin......) hahahha.. =)

Monday, June 11, 2012

B2B : 44 PanTaNg UnTuK BaKaL PenGanTiN


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung, tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

pissssss : perasan tak no. 6, xde? hehehehe...


Thursday, June 7, 2012

KiRaaN 1, 2, 3!

Tumblr_lg5pvnpaqz1qf30uco1_500_large

30 hari lagi saya akan tukar title sebagai ISTERI kepada bakal pemimpin saya yang akan memimpin saya hingga ke al-Jannah. insyaAllah.

mood : nervous weiii... hahahha...

sempena keNERVOUSan plus keRISAUan melanda diri ini, saya dengan baik hatinya (baik ke? hehehe) nak berkongsi dengan awak2 semua dengan tip-tip dan petua-petua yang saya search di internet dan buku ini. harap2 awak2 semua yang ada niat untuk menukar title seperti saya ni dapat gunakan sepenuhnya, eh? (pe la yang saya tulis ni. adehhh) hahahha..

saya akan post 2 artikel dalam seminggu sampai la hari bersejarah saya berlangsung. saya harap tip @ petua yang saya sampaikan tu dapat digunakan untuk kita semua yek! insyaAllah. =)



Sunday, April 22, 2012

GiVeaWaY : ShaReyOuRLoVeWiThCaRdS

shareyourlovewithcards

Salam. ini kali ke-2 saya masuk giveaway tau. hehehhe.. kebetulan mood untuk saya blogwalking menjelma atas sebab dalam fasa kuarantin untuk berjumpa dengan en. chenta. majlis kami kan dah nak dekat (dalam 3bulan), maka mama tak bagi sangat untuk keluar bersama kecuali untuk beli barang hantaran atau barang kawen je. huhuhu.. kesian kami kan? T_T

blog shareyourlovewithcard ni lebih kepada business blog la. saya suka dengan hasil craft mereka. nampak classic+vantage+cute+chantek = WONDERFUL sangat. hehehhe..

blog ini buat giveaway dengan memberi Guestbook kepada yang menang. saya harap saya menang sebab saya ada plan nak buat guestbook untuk my wedding tapi memerlukan modal kan untuk buat? maka bila saya terbaca yang blog shareyourlovewithcard ni ada buat giveaway, tanpa berfikir panjang, saya terus nak join! mane tau de rezeki menang, syukur alhamdulillah. anggap la sebagai rezeki pengantin.

doakan saya! =)


contohnya guestbook yang dibuat oleh shareyourlovewithcards, chantek kan? saya suka.. saya suka.. hehehhe.. =)

Tuesday, April 10, 2012

ReNunGaN KiTa.


( 1 )

~~~ BUAT SANG ISTERI~~~

Sama2kita renung2kan & selamat beramal 

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk.. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi orang lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.. . Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata .. 

”NOBODY IS PERFECT”.


( 2 )

~~Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam ~~

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

~~Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.~~

~~Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.~~

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

~~Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami~~

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."

Monday, April 9, 2012

MaaFkaN Aku WaHai ShaYanG


loving this song! hanya SURIA FM je putarkan. kenapa yek? 

pisssss : lagu yang setiap masa, setiap ketika setiap hari buka! suka sangat lagu ni.. =)

Suami yang 'mahal' lagi 'bernilai' pada pandangan Islam ialah suami yg tidak meletakkan darjat & kemuliaan dirinya kepada jumlah isterinya & kecantikan mereka TETAPI diletak kepada iman, kesucian hati & cinta isterinya kepada Islam & suaminya walau fizikal mereka kurang @ tidak cantik di mata orang. Mereka tetap bidadari hatinya di syurga kelak. InsyaAllah

Sunday, April 1, 2012

B2B : WedDinG PreParaTioN LisT

the good, the fab, the trendy

Salam. saya macam da lama tak update blog kan? sekarang saya feeling Bride-2-Be, maka sejak dua menjak ni banyak la entry kawen-kawen dari saya. saya nak cerita persiapan saya pon saya tak tahu nak cerita cam mana, maka saya keluarkan entry mengenai ala kawen-kawen sebagai ganti. ok kan? hehehhe...

saya baru balik dari terengganu ni, kerana ikut mama pergi kenduri kawen kawan opis dia. dengan menghadiri majlik kawen ni, dapat la saya tengok apa yang sesuai yang boleh dibuat dalam majlis saya yang tak lama lagi.

jemput kawan2 di sini? semestinya. bila da dekat tarikhnya, saya akan umumkan bila yek. maka, tunggu... hehehhe.. =)

sekarang, sudah 50% preparation untuk wedding saya nak ke DONE! yey! insyaAllah slow2 saya lakukan dengan baik dan tenang (dalam hati, adehhhhh bila nak kenduri ni! tak sabarnya! hehehe..) baru saya tahu, nak wat preparation tuk kawen ni bukan senang kan? saya pulak jenis suka buat benda cepat, sebab takut kalo kita wat last minute, mesti ada yang tertinggal. emmm..

meh saya listkan apa yang DONE untuk wedding saya :
  • make-up tuk nikah & sanding
  • baju sanding (belah saya)
  • pelamin (belah saya juga)
  • dewan
  • baju nikah (hantar jahit kat akk sedara en. Chenta. moga2 chantek dan sama yang saya inginkan. amin)
  • katering
  • kursus kawen (saya & en. Chenta)
  • HIV test
  • doorgift tuk jemputan dewasa
  • tarikh sanding
  • tukar alamat dalam I/C tuk nikah
yang belum DONE lagi
  • doorgift tuk jemputan kanak-kanak
  • sebahagian barangan hantaran saya & en. Chenta
  • borang nikah saya (da ambik, tapi tak isi lagi form)
  • borang nikah en. Chenta (minggu depan ikut en. Chenta balik kampongnya ambik borang)
  • family badge dan senarai tetamu yang hadir
  • guest book (perlu ke yek? hehehe)
  • sticker tuk tampal kat doorgift (masih mencari.) 
emm.. pening kepala juga nak complete kan semua ni kan? minta2 lah dipermudahkan olehNya. amin. =)

insyaAllah jika yang belum DONE da jadi DONE, saya akan update lagi k!

Google Image Result for https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqzgz9-2NnPthTFD5LBerR89vjDAoFkphf-oT0fjXhjeNuMFVd4gd9mAMtMSRGNicGoNlcENIdnuhmZKi8C6_Di8f_7awTg2RYsi-KJTBRN8Ane7atH2ybAVzUFl6dtS3iP75FTJ2sncI/s1600/tumblr_l8ckn4oF3f1qdrhyeo1_500.jpg

pissss : meh baca entry ini. saya suka ayatnya dalam entry itu. (blog isteri ally iskandar)