Sunday, December 4, 2011

KisAh MaLaM PerTaMa SeOranG UstaZ & UsTazaH

moonstruck

Selamat menghayati. =)

Al-kisahnya seorang ustaz telah mengahwini seorang ustazah. Maka pada malam pertama mereka, berlakulah dialog berikut:-

Ustazah : Betul ke U ni seorang ustaz?

Ustaz: Betul. I sememangnya lulusan dari Mesir.

Ustazah: Alhamdulillah, sudah lama saya berdoa agar ditemukan jodoh dengan seorang ustaz. Sekarang perkara tersebut telah menjadi kenyataan.

Ustaz: I pun begitu juga kerana dapat mengahwini seorang ustazah.

(Jam didinding menunjukkan jam 12.00 malam. Ustaz memandang wajah isterinya dengan penuh pengertian. Malam pertama yang ditunggu, kini dilaluinya dengan penuh debaran. Kalau ikutkan hati, mahu diterkamnya isteri didepan mata…tapi hero selalu buat ‘cool’ dulu)

Ustazah: Ustaz, saya selama ini ada satu kemusykilan. Telah banyak para cerdik pandai yang saya bertanya, tapi tak seorang pun dari mereka dapat memberi jawapan yang memuaskan hati saya. Jadi, saya nak bertanyalah pada ustaz jika ustaz dapat menjawab soalan atau kemusykilan saya ini. Boleh tak ustaz?

Ustaz : InsyaAlah, boleh. Tanyalah apa saja…I akan cuba jawab dengan sebaiknya.

Ustazah: Begini ustaz. Apa hukumnya meletakkan sesuatu di atas Al-Quran ?

Ustaz : Ooooo….tak boleh, haram. Mana boleh macam ni…mengikut hadith ini….( maka berhujahlah ustaz dengan penuh semangat dengan membawa dalil al-Quran dan Hadith. Ustaz le katakan. Hampir setengah jam ustaz memberi penerangan kepada isterinya yang tercinta).

Ustazah: Ooo.. begitu. Saya ni seorang penghafal ALQuran. Jadi, saya ni dah umpama Al-Quran, jadi…bagaimana sekarang ustaz?

( Lalu terloponglah ustaz mendengar kata-kata isterinya. Hukum telah jatuh. Haram meletakkan sesuatu atas Al-Quran. Jam didinding menunujukkan jam 1.00 tengah malam. Terkebil-kebillah ustaz memikirkan jawapan bagi soalan isterinya. Pada malam tersebut, mereka berdua tidur tanpa melalui episod yang sepatutnya dilalui oleh sepasang suami-isteri).

Keesokan malamnya, ustaz menunggu detik bersama dengan penuh semangat. Mana boleh ustaz dikalahkan dengan soalan isteri yang juga bertaraf ustazah. Jam didinding menunjukkan jam 11.00 malam.

Ustaz: I juga satu soalan. Selama ini I banyak bertanya pada ustazah, tapi jawapan mereka tidak memuaskan hati saya. Soalannya, apakah hukummnya meletakkan al-Quran diatas sebuah al-Quran yang lain?

Ustazah: Ooooo…itu tidak menjadi satu kesalahan. Harus sahaja meletakkan al-Quran di atas sebuah al-Quran yang lain.

Ustaz itu mendengar jawapan dari isterinya dengan penuh girang.

Ustaz: I ni juga seorang penghafal al-Quran. Bagaimana sekarang ?

Lalu mereka berdua melalui malam pertama dengan penuh nikmat dan keseronokkan.


pisss.... : indahnya jika kita berfikiran begitu zaman sekarang ni kan?

..::Cinta Tomato Susu::..

5 comments:

ishak arrahman said...

ooo...pandai lah awak buat cerita yerrr....quran ke tak quraan dah sah nikah takkan nak tengok jerr..dah halal..turn 'on' jer lahh

LiYaNa.MaZLaN said...

hehehe.. ambik dari web la wak.. cam best je ceritanya, tu copy tu... =)

Thalhah Amir said...

manade cm 2. manusia tetap manusia. da jadi sumi isteri maka halal lah. huhu.

jom singgah http://syoknyerblogging.com/v1/

LiYaNa.MaZLaN said...

just 4 fun story la.. hehehe.. =)

Unknown said...

Nice story.. heee