Saturday, June 18, 2011

AbaH


photography by siri ღ -

sekarang tengah hangat untuk Hari Bapa kan? mana2 pergi, mana2 jenguk semua excited hari bapa.. semua bercakap untuk decided nak beli barang tuk ayah/bapa/abah/daddy/walid..

saya tahun ni, tahun pertama sambut Hari Bapa tanpa abah disisi.. rasa sunyi sangat dihati... masa arwah last sakit, saya tak sempat jumpa, sebab masa tu saya keje di shah alam.. saya ingat bila arwah sakit, esoknya mesti da kuar hospital untuk balik rumah, tapi... hari tu arwah balik juga, tp balik ke Ilahi... saya rasa sebal sangat sebab tak sempat nak jumpa arwah untuk kali terakhir...

walaupun arwah garang, dia tetapkan manjakan saya sebab saya anak perempuan seorang. sanggup beli apa saja jika saya mahu sesuatu. iye la, budak manja kan? bila tak dapat sesuatu yang saya nak, saya akan merajuk, memberontak sampai saya dapat apa yang saya nak.. tp bila saya da dapat, bukan saya guna sangat pon, saja nak rasa pakai je..

time arwah ada, kereta sentiasa bersih, sentiasa diservis, sentiasa wangi dalam kereta, sentiasa kad smart tag ada nilai, sentiasa minyak penuh. tapi bila arwah tiada ni, kereta jarang ke car wash, jarang diservis, jarang wangi, selalu nilai smart tag abis tak ditopup, minyak pon sentiasa menyala di dashboard minta diisi. lain kan?

baru saya tau nilai arwah sekarang. dulu masa arwah ada, saya tak hargai dia.. dia sanggup tak ada duit, tapi pastikan saya ada duit di poly dulu. walaupun saya ada wat biasiswa, tapi arwah tetap bagi duit belanja. arwah sanggup datang walaupun sakit dengan mama, ambik saya di shah alam setiap hari jumaat untuk dibawa ke putrajaya setiap minggu. itupun saya tak hargai, masih memberontak, masih tak nak balik. degil kan saya? bila minggu ni saya tak balik putrajaya, arwah dengan mama mesti datang shah alam bila hari ahad untuk bawak makanan tuk saya atau bawak saya keluar beli barang2 kalo ada tak cukup atau habis.

bila arwah ada, tiap2 tahun balik kampung. tapi sekarang tak lagi. 1st hari raya, make sure kena ziarah arwah dulu. saya sebenarnya rindu sangat kat arwah, macam nak arwah hidup balik. tapi, tak baik kan cakap cam tu..

kepada sesiapa yang masih ada ayah atau ibu lagi, hargailah mereka selagi mereka masih bernafas lagi. sesal kemudian tiada gunanya lagi. jika kita mampu untuk balas jasa mereka, balas la dengan beri duit untuk mereka tiap2 bulan. mereka tak ingin sebenarnya, tapi biarlah mereka bangga anak2 mereka boleh atau telah berjasa dengan mereka.

abah, arwah MAZLAN BIN YUSOF, won sayang sangat2 kat abah. won mintak ampun dan maaf jika won ada wat salah kat abah. halalkan makan minum won selama ini.

* gambar last kami sekeluarga bersama masa abang no.2 saya kawen.

Kenangan bersama arwah sentiasa di hati dan di minda saya lagi bila saya rasa kesunyian. rindu dengan lawak arwah, cerita hantu arwah, bershopping dengan arwah, macam2 la.. kalo la masa boleh diputar balik. emmmmmm... =(

1 comment:

kayrool said...
This comment has been removed by the author.