Selamat hari jumaat semua.. malam td kamu semua buat apa yek? jeng3x.. hehehe.. =)
ok, ari ni saya nak sambung kongsi petua lagi dengan kamu2 semua.. selamat membaca dan mengamal.. peace!

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau  kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.     
Awet Muda [ I'm like! hehe.. =) ]
Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat nabi saw di kedua tapak tangan  dan usapkan/raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan  seperti Nabi Yusuf.    
Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam.  Apabila halia dan mendap, barulah diminum dgn dimulai selawat nabi saw.  Insyaallah mujarab.    
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah 2. Semasa mandi, gosokkan pada muka  dan seluruh badan. Insyaallah selain cerah, akan harum.     
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dgn air sehingga bersih. Selawat 3x  tangan yang yg masih basah segera dilapkan atas rambut. Wa''ahua'alam.     @ ambil daun lidah buaya, belah dua. Sapukan lendir dari dlm daun lidah  buaya itu pada kulit kepala. Anda akan rasa sejuk. Sapu rata2 seluruh kulit  kepala. Biarkan seketika sebelum mencuci rambut seperti biasa. Amalkan  selalu.. insyaallah, akan lebat dan hitam.    
Mengempiskan Perut 
Ambil air limau nipis dan campurkan dgn kapur sirih. Sebatikan lalu  disapukan pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yg dalam pantang  (berbengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut  saja.. amalkan setiap malam.  @  Ambil air asam jawa dan garam, dibancuh dgn segelas air panas. Embunkan  semalaman. esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau  membuang air kecil.    
Menyegarkan Mata 
Ambil timun yg telah dihiris agak tipis. tekapkan pada kelopak mata.  Pejamkan mata untuk beberapaketika. Anda akan berasakesegarannya selepas  itu.    
Melangsingkan Tubuh
2 biji libak merak dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn  sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum 2x sehari. Amalkan  sehingga berat badan ideal.    
Menghilangkan parut dimuka
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat. Campurkan serbuk td dgn sedikit air.  Bancuhkan bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian parut.  Amalkan sekerap mungkin, insyaallah parut akan beransur hilang.     @ Kulit pisang yg masih baru (lepas makan pisang terus guna), gosok2kan  bahagian dalam kulit pisang pada kulit berparut. Gosok hingga kulit pisang  agak lecur. Biar kering seketika sebelum basuh dgn air biasa. Amalkan  sekerap mungkin, insyaallah parut akan beransur hilang.
 
 
 
No comments:
Post a Comment