Hari tu saya saja je belek2 email saya, ternampak sesuatu.. jeng.. jeng.. jeng.. apa tu? hehehe.. de 1 post tu ada bagitau cara2 untuk memanjangkan umur.. ni just dalam sains kan je, tp AJAL/MATI kan da ditentukan oleh kita sejak dari perut IBU kita lagi kan? perjanjian kita dengan ALLAH.. insyaAllah, kita just merancang, ALLAH yang menentukan. iye tak?
antara2 cara hidup yang bley memanjangkan jangka hayat anda ialah :
Berdasarkan penelitian dari University of Chicago, ibu muda masih memiliki sel telur yang sangat baik untuk persenyawaan, yang memungkinkan untuk menghasilkan anak yang lebih sihat, kuat dan berumur lebih panjang.
2. Anda pencinta teh
Lebih dari 40,500 orang wanita mahupun lelaki di Jepun yang terlibat dalam kajian tentang kesan meminum teh terhadap kesihatan menunjukkan risiko penyakit jantung dan stroke yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang meminum teh.
3. Anda lebih suka jalan kaki dari menaiki kendaraan
Orang-orang yang kurus selalu mengutamakan jalan kaki, walaupun hanya untuk makan siang atau pergi ke mall. Berjalan kaki 30 minit setiap harinya boleh memanjangkan umur, berdasarkan kajian terhadap 2,603 wanita dan lelaki.
4. Anda menghindari minuman-minuman bersoda/ bergas
Para peneliti di Boston menemukan bahawa mereka yang meminum minuman soda/ bergas setiap hari akan meningkatkan risiko penyakit diabetes, jantung dan gangguan metabolik lainnya. Meminum jus akan lebih sihat untuk tubuh Anda.
5. Anda memiliki kaki yang kuat
Menurut Robert Butler, MD, dari International Longevity Center—USA in New York City, mereka yang memiliki otot-otot kaki yang lemah diperkirakan tidak akan berumur panjang kerana mudah mengalami komplikasi pada tulangnya.
6. Anda meminati makanan berwarna ungu
Buah-buahan seperti anggur, blueberry dan makanan lainnya yang berwarna ungu kaya akan polifenol yang sangat baik untuk mengurangi penyakit jantung, Alzheimer dan meningkatkan kemampuan sel-sel otak.
7. Anda termasuk remaja dengan berat badan ideal dan sihat
Satu kajian dalam Journal of Pediatrics yang melibatkan 137 orang Afrika dan Amerika menyebutkan bahawa mereka yang memiliki kelebihan berat badan pada usia 14 tahun ke atas memiliki risiko diabetes dua kali ganda pada saat dewasanya.
8. Anda menyukai teman-teman Anda dan sering berinteraksi dengan mereka
“Hubungan interpersonal yang baik bertindak sebagai pelawan stres dan penyeimbang hidup Anda,” ujar Micah Sadigh, PhD, seorang psikologi dari Cedar Crest College. Memiliki orang-orang yang menyokong Anda akan membuat Anda lebih sihat secara fizikal dan mental. Mereka yang stres akan memiliki daya tahan tubuh yang lemah dan boleh memendekkan umur hingga 4-8 tahun.
9. Anda menyukai cabaran
“Ketika Anda merasa tercabar mengerjakan sesuatu, perhatian Anda akan terfokus dan otak akan memiliki kekuatan yang lebih besar, dan hal itu boleh panjangkan jangka hidup Anda,” ujar Robert S. Wilson, PhD, profesor neurological sciences and psychology at Rush University Medical Center in Chicago.
10. Anda tidak memiliki pembantu di rumah
Berdasarkan kajian terhadap 302 orang dewasa dengan umur 70 dan 80 tahun, hanya dengan mengemop, mencuci atau membersihkan tingkap selama beberapa jam, seseorang dapat membakar 285 kalori dan menurunkan risiko kematian hingga 30 peratus.
p/s : sori.. dapat dalam bahasa indon plak.. tp saya akan cuba meng'bahasa melayu'kan ayat tersebut.. =)
2 comments:
akan cube tips2 ne...hehehe
hehehe.. akhir kata, kawen la awal.. hehehe... =)
Post a Comment